Pelajari Kemahiran Tenunan Kain

Gallery

Menenun merupakan kemahiran asas untuk pembuatan kain untuk dijadikan pakaian. Di Sabah, aktiviti menenun kain adalah aktiviti untuk menjana pendapatan oleh kaum wanita suku Irranun, Rungus dan Dusun Lobu.

Selain daripada dipakai oleh suku mereka sendiri, kain yang ditenun juga dijual kepada suku kaum lain. Walaupun bagaimanapun, dengan adanya kain-kain yang dihasilkan secara industri, kain tenunan ini semakin sukar didapati dan penguasaan kemahiran menenun juga semakin kurang.

Sehubungan itu, Chanteek Borneo akan mengadakan Bengkel Asas Tenunan bersempena dengan North Borneo Rainforest Festival.

Info lanjut:

Tarikh: 2-3 November 2018 (2 hari)

Masa: 9AM – 5PM

Tempat: Rumah Gana, Muzium Negeri Sabah

Yuran: RM500 termasuk peralatan tenunan dan benang. (boleh bayar secara ansuran juga)

Penyertaan terhad kepada 8 orang sahaja.

Untuk mendaftar, sila isi borang ?:

https://forms.gle/pydQLiry3NFzmoCY9

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *